Tuesday, March 25, 2008

Random Thoughts...



Saat ini aku rasa macam kosong sangat2... Macam ada satu benda yg maha berat tgh menghempap dada aku skang ni.. Taktau cam maner nak luahkan aper yang aku tengah rasa skarang. Mata aku sesekali memandang ke luar tingkap bilik.. Bunyi guruh ngan desiran angin mcm memberi aku satu perasaan sunyi yang amat sangat. Rasa teramat kosong sekali saat ini.. Aku pun taktau kenapa aku cipta blog ni.. Tahukah engkau bahawa aku sangat menderita detik ini?


Cuti baru jer habis.. Tapi aku rasa tak bersemangat betul.. Rasa nak jerit pun ader.. tapi nanti org ingat aku giler plak kan.. Damai betul aku tengok si Miyu (kucingku) tengah tidur atas printer aku.. Bila dah lama hidup ngan kucing ni, aku baru perasan Miyu dah makin besar skarang... Sihat giler.. Tapi dia tak nampak mcm kucing betina langsung..

Sebenarnyer aku ader byk keje yang belum aku buat lagi.. Cuti seminggu kali ni betul2 buat aku jadi seorang yang paling malas kat dunia ni.. Esok ada make-up test utk audio design yang aku tak dpt nak amik seblum cuti sebab aku kena demam panas hari tu... Mintak2 la aku leh jawab soalan esok..

Kekadang aku terfikir... adakah aku sudah cukup tabah dengan apa yang aku dah tempuhi selama aku bernafas kat dunia ni? Aku teringat ada satu hari tu.. Sepanjang aku tidur, aku teringat balik semua kenangan lalu yang pahit mahupun yang manis yg pernah aku lalui masa aku "muda" dulu.. Bila aku terjaga, aku termenung sendirian mengenangkan balik semua memori silam aku... Adakah cukup semua yang terjadi tu utk aku jadikan ia sebagai pengajaran yang paling bermakna dlm hidupku? Bila terkenang balik, aku rasa seolah2 beraninya "aku yang dulu" dari "aku yang kini".. Untuk apakah semua yang aku telah lakukan itu? Banggakah aku? Megahkah aku? Untuk apa kalian semua yang telah hadir dan pergi dari hidupku ini cuba untuk lakukan? Adakah untuk mengisi kekosongan kisah hidupku dengan kesan duka yang amat pedih untuk dilupakan? Atau sekadar ingin mencalit debu kotor lalu pergi meninggalkan aku tenggelam dengan kotoran itu?

Wahai hati, mengapa engkau menangis? Mengapa engkau tidak bertemankan air mata? Aku sangat resah saat ini.. Aku perlukan ketenangan tapi dimanakah engkau wahai "jiwa yang tenang"? Usah kalian peduli.. Biarkan aku sendirian disini..........




0 comments: